Rabu, 29 Ogos 2012

Demi Sukan Untuk Negara. Kita Bagaimana?

2 ulasan:

  1. Nurul Idayu Harun: sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skil-skil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

    BalasPadam
  2. Nurul Idayu Harun: Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa. Ini akan membina kerajinan dalam murid-murid supaya mereka akan member usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan, kegigihan dan berdaya maju dalam sesi berlatih

    BalasPadam