Rabu, 18 Julai 2012

TIPS SENAMAN YANG SELAMAT

1.       Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2.       Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk   
beberapa minggu bila anda semakin cergas. Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit. Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3.       Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
4.       Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan regangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5.       Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa  
          melakukan senaman.
6.       Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami Ketidakselesaan, sakit dan  
          pening
7.       Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta memakai kasut yang
          sesuai.
8.       Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman adalah pada waktu pagi (sebelum 8.30 pagi) & pada waktu petang (selepas pukul 5 petang)
9.    Persekitaran tempat senaman adalah seperti permukaan yang rata, suhu dan kelembapan udara terkawal, kawasan redup dan tempat yang cukup terang.
10.  Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
11.     Amalkan senaman pernafasan di antara senaman.
12.    Jika anda pengidap penyakit Diabetes: Bawa gula-gula/manisan bersama anda.
         Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglisemia (paras glukos
         rendah). Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk
         mengelakkan dari kecederaan kaki. Jangan melakukan senaman semasa lapar
         atau kenyang.
13.    Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi: Berhenti bersenam jika pening, sakit    
        dada dan sukar bernafas.
14.   Jika anda Gemuk: Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba   
        minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada
        otot-otot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan