Selasa, 28 Ogos 2012

ISU: Sukan Sebagai Satu Industri: 1 Murid 1 Sukan


SUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI: 1 MURID 1 SUKAN


Ekoran ketidakupayaan skuad badminton Piala Thomas negara menyaingi ketangkasan jagoan China baru-baru ini, pelbagai andaian, idea dan kritikan telah dilontarkan oleh tokoh yang dianggap berwibawa. Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim (bekas pelajar tingkatan 6 di St Michael's Institution) meletakkan akar umbi kelemahan daya juang atlet Malaysia dengan sikap masyarakat yang terlalu mengutamakan perkara yang bukan-bukan. Masyarakat Malaysia kini sangat lemah dan lembik, serta tidak mempunyai kekuatan minda berbanding dengan pemain negara lain (Kosmo! Ahad: 23 Mei 2010, 63).
Pada dekad 1980-an, Malaysia sangat digeruni sebagai kuasa besar bola sepak, badminton dan hoki di benua Asia, dan memiliki ranking yang baik di peringkat dunia. Pasukan bola sepak dan hoki berjaya meloloskan diri ke temasya Olimpik tanpa banyak masalah. Kini, pasukan negara terkial-kial mencari rentak untuk menyaingi pasukan yang dahulunya hanya berstatus belasahan.
Sebagai contoh, skuad bola sepak kita sudah jauh ketinggalan dengan Jepun dan Korea Selatan. Kita juga menghadapi masalah di peringkat Asia Tenggara, terutama Thailand dan Singapura. Kemungkinan tahap permainan kita tidak jatuh, cuma tahap permainan lawan meningkat lebih tinggi.
Untuk berlaku adil, mutu sukan negara bukanlah teruk sangat. Malaysia memiliki pemain nombor satu dunia dalam sukan boling padang, tenpin boling, skuasy, dan perahu layar. Atlet lumba basikal dan menembak juga berjaya menyelitkan diri dalam kelompok elit dunia. 
Namun, acara sukan yang disenaraikan itu tidak memiliki kelompok penggemar yang banyak. Kalau diadakan pertandingan, waima di peringkat dunia sekalipun, bilangan penonton yang hadir boleh dikira dengan jari. Sedangkan acara bola sepak, walaupun negara disenaraikan  dalam kelompok bawahan dunia, masih mampu menggamit jumlah penonton "pecah stadium".
Cuba tanyakan mana-mana pelajar atau orang awam sama ada mereka mengenali pemain boling padang atau atlet perahu layar kebanggaan negara? Barangkali mereka lebih cepat menyebut nama pemain bola sepak negeri dalam Liga M. Apabila berlangsung Piala Dunia di Afrika Selatan  mulai bulan Jun nanti, jangan harap masyarakat kita hendak melayan acara sukan yang lain.
Sukan sememangnya suatu industri berskala besar. Segala kemudahan, pakar dan peralatan  sukan menelan biaya yang tidak sedikit jumlahnya. Kesan pengganda dan kesan rantaian aktiviti sukan demikian luas hingga mencetuskan pelbagai projek dan peluang perniagaan.

Di kampung, kanak-kanak bebas bermain bola sepak di tanah lapang atau di tepi pantai.  Keadaannya akan berlainan dengan di bandar yang dipenuhi pelbagai premis awam dan komersial pada setiap inci tanah yang ada. Maka, di bandar diwujudkan arena futsal yang dikenakan kadar sewaan tertentu.
Tidak hairanlah bola sepak dianggap sebagai sukan awam kerana boleh dilangsungkan di mana-mana. Acara sukan lain memerlukan gelanggang yang khusus, peralatan yang mahal dan jersi yang perlu ditempah khas. Akhirnya, acara sukan selain bola sepak hanya disertai oleh kelompok masyarakat tertentu, terutama di kawasan bandar.

Kemuncak prestasi seseorang atlet ialah dalam lingkungan usia 20-an. Walaupun demikian, penyediaan seseorang atlet yang hebat perlu dimulai sewaktu usia awal kanak-kanak lagi. Maknanya, bakat-bakat sukan hendaklah dikenal pasti di peringkat sekolah rendah lagi.

Langkah mewajibkan penyertaan murid dalam sukan wajar dialu-alukan. Haji Mohd Sabri, presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat menganggap konsep 1 murid 1 sukan sebagai kena pada masanya supaya hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang dirujuk sebagai JERI (jasmani, emosi, rohani, inteleks) menerusi aktiviti sukan dapat menyerlahkan potensi insan yang menyeluruh dan seimbang. Namun, beliau turut mengingatkan supaya segala perancangan tentang kemudahan dan kepakaran dilaksanakan lebih awal. Perhatian terhadap murid yang kurang beruntung, kelainan upaya dan bermasalah kesihatan juga perlu diambil kira.

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom memiliki universiti khusus dalam bidang sukan, di samping institut penyelidikan dan pembangunan sukan. Pusat sukan berprestasi tinggi turut mendapat sentuhan pakar pelbagai disiplin ilmu. Sukan dianggap sebagai satu bidang sains dan seni sekali gus.

Australia misalnya bermegah dengan AIS (Australian Institute of Sports). Walaupun jumlah penduduk negara bertaraf benua itu lebih rendah berbanding dengan negara kita, atlet mereka dipusatkan supaya hal-hal kecergasan, pemakanan dan taktikal senantiasa diawasi. Sebab itu Australia memiliki banyak atlet yang setara pencapaiannya untuk dihantar menyertai sejumlah kejohanan secara serentak.

Malaysia telah mengorak langkah menubuhkan sekolah sukan (Bukit Jalil, Bandar Penawar), sekolah kluster kecemerlangan sukan, dan sekolah projek sukan negeri. UKM, UM dan UPM turut diberi peranan memajukan bidang sukan dengan sentuhan intelektual yang berteraskan penyelidikan.  Ibarat menanam pokok, hasilnya hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa tahun lagi...

ISU: Sukan Dalam Perspektif Islam


SUKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut:-

1). Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:

“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal)

2). Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:

“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih)

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.

Maksudnya:

“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”(Hr Bukhari – sahih)

5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:

أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)

6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Etika sukan dalam Islam

1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan

4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:

“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:

لا ضرر ولا ضرار

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani)

7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:

“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu’ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan al-Al’ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

ISU: Objektif Dan Rasional 1 Murid 1 Sukan


PENGENALAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,
2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

KONSEP
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1 M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

PRINSIP PELAKSANAAN
Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
5.1 Setiap murid termasuk rTlurid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
5.3 Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.
5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
5.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 

PENDEKATAN PELAKSANAAN
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1 M1 S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
6.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
6.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.



PENILAIAN

7.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
•          Kehadiran;
•          Jawatan Serta Sumbangan;
•          Penglibatan; dan
•          Pencapaian.
•           
7.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Sekolah hendaklah:
8.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama persekolahan,
8.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun,
8.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,
8.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan, dan
8.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S. 



Gambar: Murid Oh Murid

Buntu..menjawab peperiksaan

Gambar Logo Dan Gambar 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Halangan Dan Rintangan Program 1 Murid 1 Sukan


HALANGAN DAN RINTANGAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Selamat bertemu di ruangan ini. Sukan dan sekolah tidak dapat di pisahkan. Program 1 Murid 1 Sukan diperkenalkan tahun 2011, namun terdapat Pro dan kontra sejak program ini diperkenalkan. Walaupun niat murni Kementerian untuk melahirkan pelajar yang sihat

Alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Manakala dari pihak pelajar pula halangan dan rintangan dilihat dari perspektifeyang berbeza dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini berdasarkan jantina.

Tuntasnya, adakah semua faktor di atas mencenderungkan guru dan pelajar untuk tidak minat dalam  melibatkan diri di dalam program 1M1S yang telah diwajibkan kepada semua pelajar?

Bangunla waai guru bangunlah wahai pelajar. Ayuh tekadkan azam kuatkan semangat untuk bersama-sama sihatkan diri nyalakan misi demi mencapai seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pohon bersandar, pohon cemara,
Menderu angin, bergoyang dahan,
Jangan sekadar, membaca sahaja,
Tulislah komen, berilah cadangan.