Rabu, 29 Ogos 2012

Disiplin Pelajar

5 ulasan:

  1. Nurul Idayu Harun: Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar

    BalasPadam
  2. Nurul Idayu Harun: banyak kekangan utk mendisiplinkan murid2... sampai ada guru yg tidak menghiraukan murid yg membuat kesalahan kerana hanya boleh menggunakan menasihati murid sahaja sedangkan murid langsung tidak berubah.. aku sebagai guru disiplin pun rasa ralat dgn keadaan sekolah yg kacau bilau... ibu bapa juga sentiasa menyoal tindakan sekolah.. apa lagi yg boleh dilakukan?

    BalasPadam
  3. Nurul Idayu Harun: Sebagai ibu bapa mereka perlu lebih memberi kebebasan pada pihak sekolah untuk melaksanakan peraturan dan hukuman sekiranya anak-anak melakukan kesalahan disiplin. Sikap ibu bapa yang terlalu menyebelahi anak-anak akan menyebabkan berlakunya peningkatan masalah disiplin.

    BalasPadam
  4. Nurul Idayu Harun: Rakan-rakan guru sekalian, inilah cabaran dan dugaan untuk menjalankan amanah , tanggung dan jawab.Hari ini psikologi kena digunakan untuk disesuaikan dengan generasi hari ini. Kita agak skeptikal dengan idea ini kerana kita dididik dengan fahaman berbeza berkenaan disiplin.

    BalasPadam
  5. Masalah disiplin pelajar kian meningkat pada masa kini. Mereka langsung tidak hormat kepada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga kepada diri sendiri. bagi mengatasi masalah disiplin tersebut terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu dilaksanakan antaranya seperti ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anak iaitu dari segi pergaulan. Pendidikan agama juga perlu diberikan sejak anak-anak masih kecil. Guru juga perlu memandang tegas terhadap disiplin pelajar. Contohnya guru perlu mengambil tindakan tegas terhadap salah laku pelajar.

    BalasPadam