Selasa, 28 Ogos 2012

Halangan Dan Rintangan Program 1 Murid 1 Sukan


HALANGAN DAN RINTANGAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Selamat bertemu di ruangan ini. Sukan dan sekolah tidak dapat di pisahkan. Program 1 Murid 1 Sukan diperkenalkan tahun 2011, namun terdapat Pro dan kontra sejak program ini diperkenalkan. Walaupun niat murni Kementerian untuk melahirkan pelajar yang sihat

Alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Manakala dari pihak pelajar pula halangan dan rintangan dilihat dari perspektifeyang berbeza dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini berdasarkan jantina.

Tuntasnya, adakah semua faktor di atas mencenderungkan guru dan pelajar untuk tidak minat dalam  melibatkan diri di dalam program 1M1S yang telah diwajibkan kepada semua pelajar?

Bangunla waai guru bangunlah wahai pelajar. Ayuh tekadkan azam kuatkan semangat untuk bersama-sama sihatkan diri nyalakan misi demi mencapai seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pohon bersandar, pohon cemara,
Menderu angin, bergoyang dahan,
Jangan sekadar, membaca sahaja,
Tulislah komen, berilah cadangan.

2 ulasan:

  1. Nurul Idayu Harun:Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita utusan harian, antara halangan 1M 1S adalah tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan, beberapa kementerian melakukan promosi sukan secara berasingan dan ketiadaan sepenuhnya produk jenama Malaysia.

    BalasPadam