Isnin, 27 Ogos 2012

SEGAK: Jangkauan Melunjur


UJIAN 4: JANGKAUAN MELUNJUR

TUJUAN: UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PEHA DAN SENDI PINGGUL

ALAT: ALAT PENGUKUR JANGKAUAN DAN BORANG SKOR


PENGURUSAN

1. Gunakan alat pengukur jangkauan (Rasanya semua sekolah dah beli alat ni.. :D)

PENGURUSAN

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletakkan di belakang penanda 23cm. (Jika alat pengukur jangkauan tidak tepat, minta Ketua Panitia pulangkan balik kepada pembekal.. :D)
2. Kedua-dua kaki mesti lurus sepanjang ujian. Rakan boleh memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih atas sebelah tapak tangan kiri atau sebaliknya, ikut keselesaan. Pastikan hujung jari tengah sama.
4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat (freeze kejap :) ) Baru, jarak boleh dikira, kalau tersentap-sentap, jangan ambil ukuran.
6. Murid diberi tiga percubaan. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (bundarkan ke nombor bulat)
7. Murid yang memegang lutut mestilah tidak mengganggu.

Sila download bahan-bahan berikut untuk dijadikan panduan.

12 ulasan:

  1. bodoh punye blog haram jadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih atas makluman di atas.. Sangat berguna bagi guru PJK..
      Jzkk...

      Padam
    2. Bolehkah murid yg membuat jangkauan melunjur itu dibantu? Maksud saya ada seorang murid lain tolong tolak belakang murid yg membuat jangkauan melunjur untuk dapatkan jarak yg lebih jauh

      Padam
    3. dah kenapa? naya la hang kena merangkak pi cari orang yang buat blog ni dekat padang mahsyar nak minta maaf

      Padam
    4. Jangan kurang aja

      Padam
  2. Terima Kasih. Sangat membantu untuk 'last minute'.

    BalasPadam
  3. Terima kasih . iya amat membantu

    BalasPadam
  4. boleh tak tolong terangkan kebaikan jangkauan melunjur :)

    BalasPadam
  5. Kalau cadangan untuk meningkatkan ukuran jarak jangkauan melunjur mcm mana yerr??huhu,la kerja krusus ujian ni sklh saya😢

    BalasPadam