Selasa, 28 Ogos 2012

ISU: Guru Bukan Opsyen Ajar Bahasa Inggeris


Guru Bukan Opsyen Ajar Bahasa Inggeris
Oleh Zabidi Hitam
zabidi@bharian.com.my
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa sekitar 25,000 hingga 30,000 guru bukan opsyen mengajar bahasa Inggeris di sekolah sekarang.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata tindakan itu menyebabkan pelbagai masalah timbul, khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

Sehubungan itu, kesatuan itu menerusi seminar berkaitan dianjurkan di ibu negara selama dua hari berakhir kelmarin mengambil ketetapan hanya guru berkelayakan dibenarkan mengajar subjek antarabangsa itu.
“Kami dapati guru bukan opsyen dan tiada kelayakan kurang memberi komitmen ketika mengajar bahasa ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sambil menjelaskan latihan dua tahun untuk melatih guru berkenaan tidak mencukupi, beliau mencadangkan tempoh itu dipanjangkan dalam usaha mengeluarkan tenaga pengajar berkualiti.

Mengenai seminar disertai 75 pensyarah institut pendidikan guru serta guru itu bertujuan menyediakan memorandum bagi membantu memartabatkan bahasa Inggeris.

Katanya, seminar itu juga membuat ketetapan meminta kerajaan menyediakan makmal Bahasa Inggeris di setiap sekolah yang memfokuskan pelajar dan guru,” katanya.
Rujukan
 
Zabidi Hitam. Guru Bukan Opsyen Ajar Bahasa Inggeris. (Akses 27 Julai 2012).
  zabidi@bharian.com.my       
 
           
 

4 ulasan:

  1. Nurul Idayu Harun:Kebanyakan sekolah di pedalaman mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju dengan pendapat yang diperkatakan oleh saudari Nurul Idayu. Benar apa yang diperkatakan oleh beliau. Apabila terdapat guru yang baru melaporkan diri dan diminta oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek yang bukan opsyen maka mahu atau tidak, guru baru perlu menerima dengan akur. Contohnya, guru opsyen Geografi mengajar subjek Bahasa Inggeris. Guru tersebut pasti terkial-kial untuk mengajar. maka pelbagai situasi akan timbul seperti guru Bahasa Inggeris tidak tahu menyebut dan mengeja perkataan Bahasa Inggeris dengan betul, tidak tahu tentang grammar..maka...... akan timbullah dialog “ saya nak awak balik rumah cari jawapan. Esok kita bincang”. Murid dahagakan ilmu.....guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit.

    BalasPadam
  3. Memang benar, apabila guru bukan opsyen mengajar subjek b.i ia akn menmbulkn bnyk masalah dari segi pnp. Mangsanya adalah murid-murid. Guru akn mengajar dlm keadaan tertekan dan murid akn mendapt impaknya..Smg guru2 ini akn terus tabah dan dapat menjalankn tugas sbg guru dengan baik..Guru2 ini seharusnya menyahut cabaran ini dan membuktikan bhw mereka boleh lakukan.

    BalasPadam
  4. Nurul Idayu Harun: Masalah guru bukan opsyen mengajar bahasa inggeris semakin berleluasa kini. Adalah kurang wajar kalau guru yang cetek dan kurang pengetahuan dalam sesuatu subjek terpaksa mengajar subjek tersebut. Oleh yang demikian, KPM perlu bijak menangani situasi ini agar anak bangsa kita tidak terus terpinggir dan menjadi mangsa dalam arus pendidikan. Meskipun pihak pentadbir telah memaklumkan kepada pihak PPD mengenai masalah ini, namun ianya tetap tidak dapat diselesaikan. Seharusnya pihak KPM perlu sedar dan peka terhadap permintaan dan keperluan guru mengikut opsyen disesebuah sekolah. Selagi masalah ini tidak diatasi, masalah penguasaan sesuatu subjek di sesebuah sekolah tidak akan dapat diselesaikan, terutamanya sekolah2 di pedalaman yang tiada kemudahan tuisyen luar.

    BalasPadam